Memo dalaman – sambutan Hari Guru 2012, peringkat sekolah

1. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas cadangan sambutan untuk Hari Guru 2012, peringkat sekolah. Hasrat saya ialah hari tersebut dapat disambut dengan lebih bermakna untuk menyatukan hasrat dan aspirasi para guru.

2. Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan dan situasi sekolah kita, dan dari aspek pengurusan pelajar (yang merupakan core business sekolah), saya tidak mempunyai alasan yang cukup kukuh untuk membenarkan ada pelajar yang tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut (untuk membolehkan kita mengadakan acara seperti dicadangkan). Atas sebab itulah saya mengambil keputusan untuk sekolah mengadakan perhimpunan khas (dengan persembahan dan ucapan pelajar) dan selepas itu p&p seperti biasa / peperiksaan.

3. Sila cadangkan program lain supaya semua guru dapat bersama dan berinteraksi.

0 comments:

Post a Comment