Memo dalaman – disiplin: lesson learned today

1. Guru perlu berhati-hati apabila mengambil tindakan terhadap pelajar.

2. Dari segi surat:

i. surat keluar mesti tepat dari segi pertuduhan. Mestilah ada unsur 1H4W (how, who, what, when, why).

ii. Surat mesti ada tarikh. Kalau berkesempatan, mesti ada no. rujukan.

iii. Arahan kehadiran ibu bapa mestilah ada unsur jumpa siapa, bila (tarikh dan masa), tempat, dan kenapa.

3. Berhati-hati apabila mengambil tindakan fizikal terhadap pelajar. Pelajar, walaupun bersalah, akan melaporkan tindakan guru kepada ibu bapa. Zaman kita dulu, kalau buat salah, kita tidak berani melaporkan peristiwa itu kepada ibu bapa kerana ibu bapa akan menambah hukuman di rumah. Zaman tersebut sudah berlalu.

4. Amat sukar bagi saya untuk mempertahankan tindakan guru yang berbentuk fizikal dan tidak disenaraikan sebagai hukuman yang dibenarkan oleh KPM. Janganlah kerana kita mengambil tindakan terhadap pelajar untuk menjaga  disiplin, kita pula diambil tindakan oleh KPM.

5. Mudahnya – ikut pekeliling yang telah dikeluarkan oleh majikan kita (ia itu KPM).

Memo dalaman – urusan pemangkuan Guru Cemerlang

1. KPM melaksanakan urusan pemangkuan PPP sebagai Guru Cemerlang secara KUP untuk tahun 2012.

2. Pemangkuan yang ditawarkan ialah DGA32, DGA34, DGA38, DG44, DG48, DG52, DG54 dan Khas C.

3. Bagi yang berminat untuk naik pangkat melalui laluan GC, sila baca syarat dan isi borang berkenaan dan sertakan dokumen yang diperlukan.

4. Sila baca surat berkenaan yang ada di pejabat sekolah.

5. Tarikh akhir permohonan ialah 25.05.2012.

In the news - kaki buli cucuk mata

 

Oleh Abd Rahman Adam, Metro 03.05.2012

abdulrahman@hmetro.com.my

MIRI: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima sebuah sekolah menengah, di sini, nyaris hilang penglihatan selepas mata kanannya cedera dipercayai dicucuk objek tajam rakan sekelasnya yang juga seorang kaki buli dalam kejadian pada Isnin lalu.

Sebelum kejadian, Irma Ashikin Adris, 17, sedang berbual dengan rakan sebelum pelajar lelaki terbabit menghampiri dan mencucuk matanya dengan objek tajam pada jam 11.30 pagi.

Katanya, dia tidak sempat mengelak kerana kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan kelopak mata kanannya luka selain hampir mengenakan anak matanya.
“Saya tidak tahu apa salah saya dan mengapa dia bertindak begitu, tetapi saya memang sering dibuli oleh pelajar terbabit bersama dua lagi rakannya hampir setiap hari sejak awal tahun lalu.

“Sebelum ini, mereka pernah menampar dan memukul bahkan meletakkan paku tekan di kerusi saya. Malah, hampir setiap hari pasti ada saja perbuatan buli mereka menyebabkan saya trauma untuk ke sekolah,” katanya ketika ditemui selepas bersama ibu bapanya membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada hari sama.

Kata Pengetua:
1. Semua guru harus peka dengan pelajar yang kena buli. Mereka merupakan mangsa. Sering mereka tidak memaklumkan guru kerana diancam oleh mereka yang membuli.
2. Jika guru ada maklumat pelajar kita kena buli, sila maklumkan JKDS. Saya minta JKDS menyelesaikan kes dengan serta merta.
3. Langkah pertama – amaran (buktikan dengan catatan). Ingatkan mangsa untuk membuat laporan jika kes berterusan.
4. Tindakan seterusnya – gantung sekolah sehingga jumpa ibu bapa. Kalau perlu, laporan polis (yang lebih berautoriti) dibuat untuk protect pelajar. Dalam kes di atas, jika guru ada maklumat dan tidak / lambat mengambil tindakan, ibubapa boleh persalahkan sekolah.

In the news - woman finds hubby at massage parlour, then at hotel room with Vietnamese

SUSPICIOUS of her husband's activities, a woman tailed the man to a massage parlour and, later, to a hotel room in Jalan 222, Petaling Jaya, where he was found with a Vietnamese woman, reported Harian Metro.

In the 3.30am incident on Monday, the 48-year-old woman had to call police for help after her husband refused to open the door.

Earlier, at about 10pm on Sunday, she had spied on her husband, also 48, at the massage parlour. She called to ask about his whereabouts and he answered that he was in Kuala Lumpur on business.

Furious, she confronted him at the massage parlour and the shocked husband tried to explain he was there to see a business client.

An argument ensued and the man left in a huff.

At about 1am the next day, she was tipped off that her husband had been seen at the three-star hotel.

She rushed there and demanded that he open the door of the room. When her calls were ignored, she contacted her son and police for help.

They later caught the man there with the Vietnamese woman.

> The daily also reported that a Chinese primary school teacher in Damansara was threatened and harassed by thugs, allegedly hired by the parents of a pupil who had a grudge against her.

The teacher, who taught Bahasa Malaysia at the school, claimed the thugs followed her everywhere she went and had even gone to the house in the middle of the night to harass her.

The 40-year-old teacher claimed she had received five threats since April 10, the most recent being on Saturday morning.

A stranger approached her as she was getting into her car and warned her to leave the school or “you will die if you continue to be stubborn”.

The teacher has lodged reports at the Petaling Utama district education office and the Damansara police station as well as filed a request for a transfer.

Kata Pengetua:


1. Saya menarik perhatian kepada bahagian kedua berita ini (bukan bahagian pertama).

2. Pelajar dan ibu bapa sampai mengupah samseng / gangster / kaki pukul untuk menunjukkan "sayang" mereka kepada anak. Dulu pernah saya nyatakan bahawa jika guru dan murid ada perbalahan, ibu bapa akan memihak kepada anaknya. Oleh itu, dalam kita hendak memastikan kejayaan anak-anak yang kita didik, kita juga mesti berhati-hati dalam segala kata-kata dan tindakan kita terhadap pelajar, khususnya untuk mendisiplinkan mereka. Itulah sebabnya saya lebih cenderung melibatkan ibu bapa dalam mendisiplinkan anak kerana mereka juga pihak yang berkepentingan, malah lebih berkepentingan daripada kita guru.

Memo dalaman – sambutan Hari Guru 2012, peringkat sekolah

1. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas cadangan sambutan untuk Hari Guru 2012, peringkat sekolah. Hasrat saya ialah hari tersebut dapat disambut dengan lebih bermakna untuk menyatukan hasrat dan aspirasi para guru.

2. Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan dan situasi sekolah kita, dan dari aspek pengurusan pelajar (yang merupakan core business sekolah), saya tidak mempunyai alasan yang cukup kukuh untuk membenarkan ada pelajar yang tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut (untuk membolehkan kita mengadakan acara seperti dicadangkan). Atas sebab itulah saya mengambil keputusan untuk sekolah mengadakan perhimpunan khas (dengan persembahan dan ucapan pelajar) dan selepas itu p&p seperti biasa / peperiksaan.

3. Sila cadangkan program lain supaya semua guru dapat bersama dan berinteraksi.

Memo dalaman – data pelajar yang belum menguasai 2M

1. PPD Serian memohon data dan maklumat pelajar yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis (2M).

2. Semua Guru Tingkatan adalah diminta untuk mengenal pasti pelajar dan memberi data dengan mengisi borang yang disertakan dan e-mail balik kepada PK Petang (untuk sesi petang) dan kepada PK 1 (untuk sesi pagi).

3. Guru Tingkatan adalah diminta untuk mengisi bahagian “Bilangan murid yang tidak menguasai 2M sekolah menengah” sahaja. Yang perlu diisi ialah: nama, jantina, kaum dan tingkatan (nyatakan kelas sekali, seperti 1A / 4K5).

4. Tarikh akhir ialah 04.05.2012.

5. PK Petang akan mengumpul semua maklumat petang dan membuat ringkasan petang dan menyerah softcopy (e-mail) kepada PK1.

6. PK1 akan menggabungkan maklumat seluruh sekolah dan menghantar kepada Pn. Chela Chin di PPD Serian pada 07.05.2012 juga melalui e-mail ixora75@gmail.com.

Pengumpulan Data PPPS Gred DG44 Yang Berada di Tangga Gaji P1T11 Hingga P1T17 Pada 31 Oktober 2002 Di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Perhatian kepada Guru berkenaan - sila semak sama ada anda layak. Jika layak, sila isi borang berkenaan dan kemukakan kepada saya berserta dokumen yang dikehendaki, sebelum tarikh akhir.          Pengetua